Wednesday 23 November 2011

Isu: Penggondaman dan ketakselamatan penggunaan teknologi dalam kehidupan

Dewasa kini, dunia disajikan dengan pembangunan teknologi yang pesat..siapa yang tidak tahu gadjet-gadjet terbaru seperti iPad, iPod, Galaxy Tab, iPhone, dan lain-lain lagi. sselain itu perkembangan teknologi seperti facebook, twitter dan pelbagai jenis jaringan lain membolehkan manusia berinteraksi dengan mudah, cepat dan tidak terbatas. Sememangnya kehadiran teknologi dalam kehidupan manusia hari ini banyak manfaatnya. Tetapi adakah ia tiada kesan buruk?..isu penggondaman bukanlah isu baru dalam dunia hari ini..barangkali masih segar dalam minda masyarakat dunia pada kejadian yang menimpa pada sebuah taboid di barat iaitu News of The World yang mana telah ditutup gara-gara isu penggondaman yang dilakukan dalam mendapatkan cerita-cerita yang sensasi untuk dimuatkan dalam akhbarnya...perkara ini menunjukkan sehebat mana juga teknologi ia pasti jatuh kerana teknologi juga...justeru itu sejauh mana kita yakin dengan penggunaan teknologi pada masa kini?..adakah kita rasa selamat ketika menggunakan teknologi yang sedia ada?..

Emylia binti Jamalludin
A130898



10 comments:

  1. Kehadiran teknologi canggih dalam kehidupan manusia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Begitu banyak manfaatnya dalam memudahkan segala aktiviti seharian manusia. Tetapi, persoalan yang timbul adalah, adakah ianya selamat digunakan?

    Jika dilihat secara holistik, teknologi berfungsi untuk memudahkan manusia melakukan aktiviti rutin harian. Walau bagaimanapun, penyalahgunaan teknologi boleh membawa kepada devian dan akan menyebabkan tergugatnya keharmonian dan ketenteraman awam. Pemantauan dan sekatan secara serius dan berpanjangan oleh pihak kerajaan akan membantu masalah ini.

    Ahli keluarga juga terutamanya ibu dan bapa mesti memantau penggunaan sebarang bentuk teknologi oleh anak-anak. Hal ini kerana dikhuatiri anak-anak mudah terpengaruh dengan budaya barat hasil penyebaran di internet serta terpengaruh dengan rakan sebaya akibat daripada penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan. Jika kita lihat masa kini, pelajar berumur 10 tahun sahaja sudah memiliki telefon bimbit terutama di kawasan-kawasan bandar.

    Kesimpulannya, semua pihak terutamanya pihak berwajib (kerajaan) dan juga pihak masyarakat serta keluarga dapat bekerjasama bagi menangani masalah penyalahgunaan kemudahan teknologi ini.

    MOHD NUR SYUFAAT BIN JAMIRAN
    A 128034
    ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI

    ReplyDelete
  2. Pengunaan komputer dan internet sememangnya semakin meningkat hari demi hari.Jika di lihat kanak-kanak yang kecil pun telah pandai menggunakan teknologi berkaitan komputer. Adakah ia selamat atau tidak bergantung kepada cara seorang kanak-kanak menggunakan internet tersebut.

    Isu penggodaman juga menjadi salah satu isu yang menjadi perbualan hangat masyarakat kini. Penggodaman ialah cara seseorang mencipta dan mengubahsuai perisian dan perkakasan komputer termasuklah pengaturcaraan komptuter, pentadbiran dan unsur-unsur yang berkaitan keselamatan.

    Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Utusan Malaysia(16 Jun, 2011), kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana mana penggodam termasuk mereka yang mengelar diri mereka sebagai "anonymous".

    Kesimpulannya, penggunaan internet pada masa kini sememangnya ada banyak keburukan dan kurang selamat berbanding dengan masa dulu. Ini kerana sekarang bukan sahaja wujud isu penggodam namun wujud isu pornografi yang bakal membawa pelbagai kesan sosial lain. Justeru, ibubapa merupakan individu utama yang harus membimbing anak-anak ka arah pengunaan internet yang lebih semnpurna.

    Narinjit Singh A/L Ranjit Singh
    A128504
    Antropologi dan Sosiologi

    ReplyDelete
  3. benar apa yang telah diperkatakan oleh saudara syufaat dan narinjit. semua pihak harus berganding bahu dalam menangani masalah yang berpunca dari kemajuan teknologi kini. tetapi walu kita melaksanakan langkah pencegahan seperti memprivasikan akaun facebook, emel dan sebagainya masalah ini tetap berlaku. teknologi seolah-olah bukan lagi tempat yang sesuai untuk kita menjadikan ia peribadi.

    ReplyDelete
  4. MAISARAH JAMALLUDDIN A129390

    saya amat berharap cik Emylia dapat berkongsi pendapat berkaitan isu ini. kerana isu ini tidak kurang menariknya dan memang menjadi topik perbualan sebahagian besar masyarakat kita.

    Pada pendapat saya
    tidak semua orang tahu mengondam sesuatu laman web atau data yang disimpan secara pribadi hanya yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan sahaja yang boleh melakukannya.. sebab itulah kita tidak digalakkan meletakkan sebarang maklumat peribadi secara umum di internet agar keselamatan dan data pribadi diketahui oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Seperti yang kita ketahui, kejadian penggodaman di internet semakin berleluasa. Ramai yang masih belum peka terhadap keadaan ini dan tidak berhati-hati ketika menggunakan internet. Para pengguna internet adalah dinasihatkan supaya jangan meletakkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan di internet. Keadaan ini membolehkan penggodam yang tidak bertanggungjawab mengambil identiti kita dan melakukan perkara yang boleh mendatangkan masalah dikemudian hari.

    SITI NOR AINU BT LASI
    A128529
    ANSOS

    ReplyDelete
  6. menerusi isu penggodan ini, semuanya bermula dari teknologi.jadi tidak hairanla orang akan dapat maklumat dengan cepat dan pantas. tetapi perlu diingat bahawa jangan terlalu leka dan gah dengan teknologi yang semakin canggih dengan memasukkan maklumat diri ke dalam laman sesawang atau laman apa-apa yang membolehkan identiti kita di curi atau dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
    jadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, perlulah kita berjaga-jaga dan mengambil kira langkah-langkah keselamatan demi maruah diri,keluarga dan sekeliling kita.antaranya ialah

    1) jangan dedahkan identiti yang terlalu peribadi
    2) jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang hanya kenal di alam maya.
    3) simpan maklumat peribadi secara berhemah.
    4) pelajari ilmu it seadanya supaya jika digodam tahu apa yang perlu dibuat.
    5) berkongsi ilmu dengan kawan-kawan supaya kehidupan kita sentiasa di murahkan dengan ilmu..

    sekian..=)

    zaroslida ismail
    A126436

    ReplyDelete
  7. Teknologi adalah keperluan dalam hidup terutamanya dalam dunia yang semakin moden kini. Semua perkara kini banyak bergantung kepada teknologi termasuklah dalam pembayaran bil dan hutang. Semua di hujung jari. Namun, sebagai pengguna kita harus berhati-hati dalam menggunakannya. Oleh itu, semua maklumat peribadi tidak seharusnya di dedah untuk mengelakan berlakukan godaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.Sebagai pengguna yang bijak, kita seharusnya tahu bahawa setiap benda itu mempunyai risiko. Selamat atau tidak bergantung kepada keadaan kerana terdapat sesetengah laman web mempunyai tahap sekuriti yang tinggi.

    FATIMAH BINTI AHMAD
    A128300

    ReplyDelete
  8. Teknologi zaman ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Malahan kita perlu menerima kehadiran zaman yang berteknologi tinggi. Tidak hairanlah sekarang, kanak-kanak turut meminati gadget walaupun masih di peringkat kanak-kanak awal. Oleh yang demikian, penggunaan teknologi zaman kini mampu dikendalikan dengan baik sekiranya pengguna mempunyai rasa tanggungjawab dan mematuhi etika sebagai pengguna.

    NAJIHAH ABD RAHMAN
    A122661

    ReplyDelete
  9. terima kasih kepada yang memberi komen..di sini dapatlah saya simpulkan bahawasanya penggunaan teknologi memang tidak dapat dielakkan..apa yang penting adalah bagaimana kita mempunyai rasa kebertanggungjawaban dalam menggunakan teknologi tersebut. Selain itu, maklumat-maklumat peribadi seharusnya dirahsiakan atas tujuan keselamatan. Bagi mengelakkan masalah atau kesan buruk melalui penggunaan teknologi, seharusnya pengguna menghadkan masa daam menggunakan teknologi itu sendiri.

    ReplyDelete